|
Kami juga menyediakan kelas kursus bagi menampung 30 orang dalam satu masa. Kelas seperti biasa dengan bilik
berhawa dingin dan kerusi pelajar serta LCD projector turut disediakan
oleh kami. Bahan pembelajaran yang terkini
membolehkan para peserta mendapat pendedahan yang meluas dalam bidang
broadcasting serta terus mempelajari teknik-teknik dan praktikal
di studio-studio editing yang sedia ada. Teknik pembelajaran
dengan format 20% teori dan 80% praktikal akan lebih mudah dan
cepat dipelajari oleh perserta kursus dan latihan yang
dijalankan.
Perancangan jangka panjang oleh kami adalah untuk menjadikan One Stop Training
Center dalam bidang multimedia. Kedudukan kelas yang selari
dengan mini studio rakaman juga menjadikan satu pusat pembelajaran
yang selesa. Kelas ini
boleh digunakan untuk mengadakan kursus-kursus Penerbitan Audio Video dalam jangkamasa yang singkat bagi jabatan
kerajaan dan swasta. Sebarang maklumat mengenai kursus Penerbitan Audio
Video dan kursus-kursus lain akan di hebahkan dari masa ke semasa. Kemahiran
dan kemampuan dalam memyediakan bahan pembelajaran kursus bagi
setiap kali mengadakan kursus mengikut kesesuaian peralatan dan kehendak
peserta dan
pelanggan cukup membuktikan tenaga pengajar yang sedia ada mampu menjana
perkembangan dalam bidang Latihan dan Kursus dengan lebih mantap.
KURSUS INI TERBUKA KEPADA SEMUA
KAKITANGAN JABATAN KERAJAAN, SWASTA DAN ORANG PERSEORANGAN YANG
BERMINAT DAN TERLIBAT DALAM BIDANG DUNIA
MULTIMEDIA.
Untuk sebarang pertanyaan atau komen berkaitan kursus yang akan
dijalankan, anda boleh menghantar email
training@zaftrad.com.my
|