|
Studio rakaman ( Indoor ) berada di tingkat atas dalam bangunan yang
sama. Rakaman secara Indoor akan dapat dijalankan dengan adanya beberapa
kamera video dan sistem Penata Cahaya ( Linghting ) berkonsepkan siling
gantung ( Stoping ) yang mencukupi untuk studio rakaman. Beberapa rancangan boleh menggunakan mini studio
ini seperti rancangan wawancara,
masakan , ucapan, juruacara (compare) dalam menggunakan background
biru.( Blue Screen ) Segala peralatan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian rancangan.
Keluasan
mini studio dengan ukuran 30kaki x 40kaki sudah mencukupi untuk mini
studio. Studio ini juga di sewakan kepada orang ramai untuk menjalankan
rakaman sebarang rancangan yang ingin di buat.
Di samping
itu studio ini sudah
mencukupi untuk dijadikan studio latihan kepada peserta kursus untuk
mempelajari teknik-teknik rakaman dalaman ( Indoor ) menggunakan tiga atau empat
buah kamera video. Switcher menggunakan 4 input sudah memberi keselesaan
untuk menjalankan rakaman di dalam mini studio ini. Headphone ( Clearcom
) disediakan untuk kegunaan shooting. Mixer Audio 8ch digunakan untuk
rakaman audio semasa rakaman video sedang dijalankan. Semua sistem di
sambungkan ke Sistem Editing NLE yang disediakan untuk penambahan Grafik
dan Title sebelum tape master di terbitkan
|